Wednesday, August 23, 2017

#BEAUTY_SPRAY_UNTUK_AWET_MUDA

#BEAUTY_SPRAY_UNTUK_AWET_MUDA

Spray ja kat muka tu setiap masa. Gabungan Bunga bunga ni ada manfaat yang bagus untuk kulit. Selain melindungi kulit ia mampu menaikkan seri si pemakai 😍
Tambahan membuatkan hidup semakin ceria dengan Aura bunga ni tau.
BAHAN BAHAN
1. 1 kuntum bunga orkid
2. 1-2 kuntum bunga mawar
3. 1 kuntum bunga raya
4. 750ml air
Cuci dahulu semua bunga dengan air.
Rebus sehingga mendidih. Tapis airnya biarkan sejuk masukkan 50g garam bukit halus
Nak power skit boleh titis 5 titik essential oil lavender atau rose 😍.
Dah sejuk masukkan dalam botol spray. Dan simpan dan peti sejuk.
Terus boleh pakai. Selamat mencuba!
Kenapa panggil beauty spray? Ha, sebab gabungan ketiga tiga bunga ni adalah tinggi dengan antioxidants.
Kulit tu akan dilindungi selalu lah! Bila selalu diprotect maka muda jelita lah jadinya.
Bunga raya walau pun biasa dan mudah dijumpai namun mengikut kajian sangat sangat bagus dalam kecantikan kulit.

Image may contain: flower, plant and food

masker peel off

Masker ni sangat istimewa. Cikgu pakai kalau cikgu geram tengok whitehead berselerak kat hidung dan dagu.
Sebenarnya masker ini boleh angkat kekotoran di wajah. Tambahan kalau kulit selalu terdedah dengan habuk dan kekotoran.
Laki pompuan boleh pakai. Lepas tarik rasa lembut ja kulit. Tak rasa dah mengerutu di hidung 😜
Bagi yang nak buang bulu lebihan di wajah pun boleh . Cuma elakkan terkena anak rambut dan kening serta bawah mata. Sebab nanti sakit sedikit bila tertarik😜
Jom cikgu share cara nak buat masker peel off ni.
BAHAN BAHAN
1. 1 sudu besar gelatin tidak berperisa
2. 1 sudu besar susu tepung
3. 1/2 sudu besar madu
4. 1 hirisan lemon diperah
5. 2-3 sudu air mawar
CARA ADUN DAN CARA GUNA
1. Gabungkan kesemua bahan
2. Panaskan dengan oven atau double boiler
3. kacau sebati beberapa minit dan tutup api
4. Titikkan 2-3 ESSENTIAL OIL LAVENDER @ TEA TREE ( jika ada bagus , jika tiada tak mengapa)
5. Kacau sehingga suam sedikit dan sapu di seluruh wajah kecuali mata, kening dan berdekatan anak rambut. Atau sapu tempat yang ada whitehead sahaja. Biarkan selama 30 minit ke 45 minit. Tarik dan cuci muka dengan air biasa.
6. Amalkan seminggu 2 kali.
7. Adunan akan mengeras. Namun boleh panaskan balik untuk guna.
8. Eloklah kiranya 1 adunan pakai sampai habis. Ajaklah suami pakai sama. Bagi ler can kulit dia halus 😍
Amacam? Suka?
Kalau suka, tekanlah butang #SHARE kasi orang lain pun cantik juga .
Lagi banyak yang tekan share lagi banyak lah cikgu nak kongsi tips. Banyak lagi resipi best best tau.
Essentia oil lavender cikgu beli dekat cameron highland haritu. Namun boleh juga ushar FB Nora Azmin untuk #Ronella, boleh juga beli dengan Anita Idris 😍.
Selamat mencuba!
No automatic alt text available.

 Image may contain: drink and food
Image may contain: dessert and food
Image may contain: drink and food

cara nak rawat miss V

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
Image may contain: drawing

No automatic alt text available.
5 CARA MEMBUAT VAGINA KETAT DAN RAPAT
1. Lakukan Senaman #Kegel (sekurang kurangnya seminggu 2 kali ). Boleh tanya pakcik google cara mudah senaman kegel.
Dan lakukan senaman #L -Shape' setiap hari untuk kuatkan rahim dan membantu masalah prolapse dan sebaginya berkaitan rahim.
Dan Senaman ini juga membantu masalah Migrain dan sakit kepala, sakit belakang, sakit pinggang.
Lakukan senama ini selama 10 minit. Rujuk rajah ketiga untuk senaman L Shape sambil mengurut bahagian ari ari. ( rujuk gambarajah 1 & 2.
2. #Bertangas ( Amalkan tangas Basah dan Kering) untuk kesan yang maksima semiggu 2 kali. 15 minit tangas basah dan rehat minum air dan sambung 15 minit untuk tangas kering pula.
Bertangas juga membantu mewangi badan secara semulajadi. Peluh pon wangi ja nanti. Semestinya En abang awak tu teruja sangat! Hari hari whatsap RINDU.
Tak percaya?? Cubalah sendiri!
Tangas Basah - halia seinchi diketuk, daun inai segenggam, daun sirih 3 helai, daun pandai 3 helai, daun kunyit sehelai, limau purut 1 bijil di hiris nipis , 3 keping asam keping, 1 biji manjakani di tumbuk.
Rebus dalam periuk (jangan guna untuk masak makanan) dan apabila didih letak di bawah dan pakailah kain batik labuh dan kangkang la . Tarik nafas dan tahan serta buat latihan kemut. ulang la latihan pernafasan bersama latihan kemut itu. Sehingga tiada wap lagi. ( Seeloknya ada kerusi tangas supaya lebih berkesan)
Tangas kering - Kunyit hidup seinchi, halia seinchi, daun sirih 3 helai, 1 bijik manjakani , inai segenggam ( semua bahan ditumbuk) untuk dijadikan pes dan tambah satu ke dua sudu asam jawa. Gaul hingga sebati dan jadikan pes.
Panaskan Batu Sungai (boleh di beli di kedai pokok atau landskap). Apabila sudah panas angkat batu tersebut dan letak dalam periuk leper serta tuang pes yang dibancuh itu di atas batu yang tersebut.
Pastikan pes diletak di atas bahagian batu yang dipanasan. Setelah asap naik perahkan lemon di atas batu tersebut dan aap akan naik dengan banyak dan teruslah kankang dan buat latihan pernafasan serta kemutan.
Tangas seminggu sekali pun dah okay. Jangan kerap sebab kita tak mahu bakteria baik mati.
3. #Cuci Vagina dengan air herba. Seminggu 2 kali ( rebus ramuan seperti tangas basah dan biarlah agak suam suam dan tambah sedikit garam ) kemudian buat la cucian vagina. Tonyoh hirisan limau di sekitar vagina dengan perlahan lahan.
4. #Gunakan ramuan minyak manjakani untuk sapuan di dalam vagina seminggu sekali. Ramuan ini untuk semua jenis termasuk menopous, kering, becak dan sebagainya.
Serta gunakan untuk Meruang dan mencuci di dalam vagina menggunakan Jari Tengah awak atau jari telunjuk sendiri atau kelingking.
Pada Anak Dara juga boleh meruang tapi sedikit sahaja laluannya. Kalau tak berani jangan buat. Ada juga cuci guna cotton bud yang di letak minyak .
Nak rawat diri tidak boleh ada perasaan was was. In Sha Allah atas izin ALLAH. NIAT baik baik.
Kalau tak tahu pun jangan buat. Perlu bertanya pada yang berilmu dan berpengalaman.
Meruang ni lakukan sebulan sekali pun dah okay, lepas period. Nak buang keputihan yang melekat kat dinding. Kita tengok panties tiada keputihan tapi kat dalam kadang kadang ada.
Meruang jangan over dan kerap sebab tak nak ganggu PH Vagina dan tidak mahu ada sebarang jangkitan kuman.
Pastikan tahu cara meruang dengan betul .
Kemudian sila buat urutan seperti gambar ke-3 dan ke-4. Urutan ini juga mampu menghindari dari masalah fibroid.
Bahan-Bahan minyak manjakani : -
50ml minyak kelapa dara
50ml minyak zaitun
50ml gel alovera (fresh atau readymade)
2 biji majakani di tumbuk halus
Sebatikan bahan bahan ni dengan kacau lawan jam sambil berNIAT yang baik baik.kemudian boleh sapukan di sekitar lubang vagina dan didalam vagina serta buatla meruang .
Boleh tambah 5-7 titik essential oil tea tree. Eo T3 ini ejen anti bakteria tau. In Sha Allah bila meruang nak buang keputihan yang menempel di dinding tu lebih selamat.
Niat ja nak buang penyakit. Niat baik baik dapat pun baik baik.
Elakkan meruang dengan pencuci wanita. Jenis buih ni boleh buat kulit kering juga. Jenis buih pakai untuk luaran saja .
Meruang ni banyak isu kerana ada segelintir tidak berapa faham .
Namun bagi yang pernah belajar cara penyucian dari berhadas dan faham kenapa perlu cuci seperti meruang boleh la buat.
Bagi yang risau nak meruang jangan buat. Tidakperlu bergaduh. Bila was was jangan sesekali mencuba. Buat urutan di tepi ari ari sahaja ikut contoh gambar di bawah.
5. #Minum Jamu perlu di amalkan semggu 2- 3 kali.
Bahan-bahan ; -
1 inchi halia diketuk
1/2 gengam daun inai bersih
1 helai daun sirih
1 batang kulit kayu manis
1 sudu besar jintan hitam
1 biji manjakani di tumbuk
1 biji kurma
Rebus bahan bahan bersama air 750ml ini dan biarkan sejuk. kemudian masukkan dalam cawan dan masukkan 1 sudu madu dan perahan 1 hirisan lemon atau limau nipis.
15 #TIPS_RAHIM_SEHAT
Di China, mereka memanggil uterus, "istana anak".
Ia dipanggil istana kerana ia adalah tempat untuk mencipta dan memelihara generasi masa depan - anak lelaki dan perempuan yang akan datang. Ia adalah tempat suci yang memerlukan perhatian khusus.
Ketidak seimbangan menstruasi seperti tempoh yang menyakitkan, endometriosis, pendarahan rahim yang tidak berfungsi dan kemandulan boleh dielakkan dan disembuhkan dengan penjagaan rahim yang lebih baik.
Berikut adalah 15 tips tipikal untuk membantu anda menjaga lebih baik rahim anda, supaya anda dapat menikmati kitaran haid yang harmoni dan sihat.
1. Elakkan produk yang mengandungi xenoestrogen, yang boleh mengurangkan keanjalan dinding rahim, menjadikannya lebih nipis dan rapuh.
Berikut adalah senarai 9 sumber utama xenoestrogens:
- Produk daging serta produk tenusu yang dijual secara komersil seperti daging lembu, ayam, susu, mentega, keju dan ais krim. Produk-produk ini tercemar dengan hormon pertumbuhan tumbesaran dan mendedahkan kita kepada sejumlah besar xenoestrogens.
- Apa-apa yang mengandungi sisa racun serangga atau racun makhluk perosak juga boleh mempunyai kesan estrogen. Ini termasuk semua yang kita makan dari biji-bijian, buah-buahan, kacang-kacangan dan sayuran. Cuba makan makanan organik .
- Air paip. Sayangnya banyak sumber air kita tercemar dengan derivatif petroleum - sumber utama xenoestrogens. Cuba minum air ditapis apabila mungkin.
- Syampu, losyen, sabun, ubat gigi, kosmetik dan produk penjagaan diri lain yang mengandungi paraben atau phenoxyethanol. Sebatian kimia yang digunakan secara meluas oleh industri kosmetik dan farmaseutikal sebagai pengawet.
Xenoestrogens memasuki kulit lalu pergi terus ke tisu tanpa melalui hati untuk detoksifikasi. 100% diserap oleh badan dan 10 kali lebih kuat daripada yang di makan.
- Plastik lembut yang digunakan sebagai bahan pembungkusan sering dirawat dengan sebatian kimia yang disebut phthalates, xenoestrogen, untuk meningkatkan fleksibilitasnya. Ini termasuk makanan dibungkus plastik, yang dipanaskan di dalam ketuhar gelombang mikro, mengandungi beberapa tahap xenoestrogen tertinggi. Jadi jangan panaskan makanan atau air dengan plastik di dalam gelombang mikro. Elakkan daripada minum kopi atau cecair panas lain dalam cawan Styrofoam. Cuba simpan makanan anda di dalam bekas kaca .
- Aditif makanan buatan, termasuk pemanis buatan dan MSG. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal, Penyelidikan Kimia dalam Toksikologi, 31 bahan yang ditambahkan kepada makanan untuk tujuan pemeliharaan, pewarna, tekstur dan rasa mempunyai potensi kesan estrogenik. Propyl gallate dan 4-hexylresorcinol adalah dua aditif yang perlu diberi perhatian.
Juga elakkan makanan dalam tin, yang biasanya dilapisi dengan salutan plastik yang mengandungi bisphenol-A (BPA), sebuah xenoestrogen. Cuba elakkan makanan sebegini.
- Makanan yang mengandungi protein soya dan isolat protein soya. Makanan ini dibungkus dengan jumlah estrogen tumbuhan, yang tidak normal, yang boleh menyebabkan dominasi estrogen.
Makan kacang soya organik, edamame, tauhu atau tempe sebaliknya.
- Dalam tampon konvensional di Amerika Syarikat, Pentadbiran Makanan dan Dadah, telah mengesan dioxin, kelas bahan kimia yang boleh meningkatkan risiko kanser, masalah reproduksi dan perkembangan, penyakit jantung dan diabetes.
Elakkan tampon dan tuala wanita yang mengandungi klorin, wangian, lilin, surfaktan, rayon, dan lain-lain. Gunakan kain organik atau bahan semula jadi yang lain.
- Pil perancang dan terapi penggantian hormon konvensional (HRT) mengandungi hormon sintetik yang boleh mengganggu keseimbangan hormon semulajadi kita.
Terdapat alternatif perancang yang boleh di amalkan .
2. Mempunyai banyak pasangan seksual meningkatkan peluang keradangan pelvik.
3. Makan ikan yang kaya dengan asid lemak Omega-3 seperti makarel dan salmon, yang membantu mengurangkan rembesan prostaglandin iaitu sejenis bahan seperti hormon yang boleh membuat kontrak rahim terlalu keras, menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan .
Boleh amalkan pengambilan supplement omega-3.
4. Latihan otot pelvik anda. Pakar mengatakan bahawa berenang adalah senaman terbaik untuk menguatkan rahim, dan berenang dua jam seminggu dapat mengurangkan sakit belakang, melegakan kesakitan dan membuat persalinan lebih mudah.
Amalkan juga senaman kegel
5. Elakkan menggunakan pil perancang untuk jangka masa yang lama. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa menggunakan pil perancang secara berterusan selama lebih lapan tahun boleh mengganggu keseimbangan hormon semulajadi badan dan meningkatkan peluang mengembangkan fibroid.
6. Mempunyai pasangan seksual yang bersih. Penyelidikan di England mendapati bahawa risiko wanita mendapat penyakit radang pelvis berkurang sebanyak 70% apabila pasangan seksualnya membersih Zakar sebelum bersama .
Pakar mengatakan bahawa banyak bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan pelvis dibawa dalam lipatan zakar lelaki.
7. Jangan tahan kencing . Tahan kencing boleh membuat bahan-bahan buangan terkumpul di dalam pundi kencing yang mungkin menyebabkan jangkitan pada pundi kencing, yang boleh menyebabkan kepada jangkitan vagina dan pelvis, kerana jarak dekat .
Selain itu, pundi kencing yang mengembang biasanya boleh menyebabkan tekanan yang tidak wajar pada rahim, menyebabkan ia keluar dari kedudukan.
8. Berhenti merokok. Penyelidikan di England mendapati bahawa bahan penyebab kanser dalam rokok cenderung menumpukan perhatian kepada cecair badan di sekitar serviks. Merokok jangka panjang boleh memberi kesan berbahaya pada rahim.
9. Mengekalkan berat badan yang sihat.
10. Jangan duduk terlalu lama. Duduk terlalu lama tanpa senaman yang mencukupi menghalang darah dan peredaran tenaga yang sihat di kawasan pelvis. Ini boleh menyebabkan penebalan dinding rahim dan boleh meningkatkan masalah endometriosis.
Jadi bangun dan bergerak setiap jam atau lebih.
11. Urut perut anda dengan minyak castor yang di blend essential oil rose. Ini adalah rutin penjagaan rahim yang popular di China dan Korea.
Bahan bahan :
1 . 2 sudu besar minyak kastor
2. 3 titik essential oil rose
Buat senaman L SHAPE dan Letak minyak dengan menggosok telapak tangan , Kemudian tekan telapak tangan anda di rahim. ( boleh rujuk gambar) .
Urut beberapa kali sehingga kawasan mendapat sedikit panas. Ini adalah urutan yang sangat baik untuk mencegah dan melegakan kesakitan.
12. Pastikan rahim anda hangat. Oleh itu, elak mengambil makanan dan minuman yang boleh sejukkan dalaman anda.
Amalkan pengambilan jamu .
Atau boleh rebus sendiri :-
1. 1 batang serai di ketuk
2 . 1 1/2 inchi halia diketuk
3. Sedikit kunyit hidup
4. 7 biji buah pelaga
5. 1 biji manjakani
6. 1/2 batang kayu manis ceylon
Semua bahan direbus dengan 7 cawan air sehingga mendidih. Kemudian tutup api biarkan suam.
Tapis dalam 1 cawan dan letak madu dan perahan lemon sedikit. Minumlah.
Amalkan seminggu 2-3 kali.
Rahim yang hangat menerima peredaran darah (aliran darah) yang mencukupi untuk menyokong fungsinya - untuk membuat lapisan rahim yang sihat untuk implantasi embrio dan haid yang tetap.
Perubatan Tradisional Cina (TCM) percaya bahawa dalam pemanasan rahim, tahap progesteron yang sihat (progesteron adalah hormon pemanasan) dapat dikekalkan untuk mempromosikan lapisan endometrium yang sihat.
"Ini (rahim panas) bukan sahaja membantu aktiviti metabolisma, tetapi juga membolehkan rahim untuk mengeluarkan nutrien yang mencukupi, dan dengan itu mewujudkan persekitaran yang sangat memelihara ..." menurut Dr. Lin Zhou, O.M.D., L.AC. FABORM
Manfaat herba :-
Kayu manis ceylon- perangsang pemanasan yang biasa digunakan untuk haid yang tidak hadir atau menyakitkan, walaupun haid yang berat akibat sejuk atau pembekuan haid yang tidak normal, bengkak, dan jika anda mempunyai tangan dan kaki yang sejuk.
Halia (Zingiber officinale) - adalah perangsang peredaran darah untuk kesakitan kronik dan ovulasi yang menyakitkan, senak, mual dan sakit sakit.
Biji pelaga (Elettaria cardamomum) - ejen pemanasan yang secara tradisinya digunakan untuk libido rendah dan mengancam keguguran.
Kunyit (Curcuma longa) - alternatif pemanasan ini melindungi hati dan anti-radang. Kunyit juga digunakan untuk menstruasi yang menyakitkan atau kekurangan haid akibat stagnasi darah, serta pembengkakan.
Uterus hangat adalah Uterus Selamat!
Rahim yang mendapat peredaran yang mencukupi lebih cenderung menjadi lebih sihat secara keseluruhan.
Cikgu harap anda menikmati resipi herba di atas.
Semoga rahim anda hangat dan sehat!
13. Mempunyai sarapan berkhasiat dengan bijirin penuh. Penyelidikan menunjukkan bahawa 30% wanita yang mempunyai penyakit pelvis mempunyai pengambilan asid folik dan beta-karoten yang lebih rendah .
Biji-bijian kaya dengan nutrien-nutrien penting ini dan masa terbaik untuk penyerapan adalah pada waktu pagi ketika sarapan.
14. Beri perhatian penuh masalah vagina seprti berair, berbau, kentut vagina, keputihan dan sebagai nya. Rawat awal.
15. Tingkatkan imuniti rahim anda. Lemon kaya dengan vitamin C dan dapat membantu meningkatkan kekebalan rahim dari bakteria luar. Minum secawan air lemon panas pada waktu pagi.
Ingatlah, jaga rahim sebaiknya.
Sekiranya terlalu sibuk untuk buat sendiri, boleh pergi ke spa berdekatan untuk rawatan yang complete.
Ramai anak murid cikgu dah sediakan rawatan BOREH & MISS V.
Paling meletoppss tau.
Jangan salah faham sengkak terus rahim sehat dan makan jamu terus naik peranakan .
Penjagaan yang rapi dari segi pemakanan, gaya hidup sehat amatlah perlu.
Alhamdulillah. Boleh la cuba ya.
Ramai wanita mengalami mati putik iaitu dikenali sebagai FEMALE SEXUAL DYSFUNCTION (FSD) . Ini terjadi kepada golongan wanita yang menunjukkan tanda tanda kelewatan mengalami klimaks serta gagal untuk menghayati rangsangan seks ketika bersama suami.
Apabila usia meningkat, FSD juga meningkat. Ketiadaan libido adalah yang paling biasa di dapati di mana minat yang begitu yang rendah dalam aktiviti seksual.
#APA #YANG #MENYEBABKAN MATI PUTIK ?
Masalah yang paling umum yang berkaitan dengan mati putik di kalangan wanita termasuk:
1. Terhalangnya keinginan seksual. Ini melibatkan kekurangan keinginan seksual atau kepentingan dalam seks. Banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kekurangan keinginan, termasuk perubahan hormon, keadaan perubatan dan rawatan (contohnya, kanser dan kemoterapi), kemurungan, kehamilan, tekanan dan keletihan. Kebosanan dengan rutin seks yang kerap juga boleh menyumbang kepada kekurangan semangat untuk seks, dan faktor seperti gaya hidup yang amat sibuk dengan kerjaya serta urusan penjagaan anak.
2. Tidak dapat menjadi terangsang. Bagi wanita, ketidakupayaan untuk menjadi terangsang secara fizikal semasa aktiviti seksual sering melibatkan pelinciran faraj yang tidak mencukupi. ketidakupayaan ini juga mungkin berkaitan dengan kebimbangan atau tidak teransang (ghairah). Di samping itu, aliran darah yng tidak lancar juga mempengaruhi vagina dan kelentit boleh menyumbang kepada kebangkitan masalah ini.
3. Kekurangan syahwat (anorgasmia). Ini adalah ketiadaan klimaks seks (syahwat). Ia boleh disebabkan oleh faktor kurang pengalaman, kurang pengetahuan, dan faktor-faktor psikologi seperti rasa bersalah, kebimbangan, atau trauma seksual masa lalu. Faktor-faktor lain yang menyumbang kepada anorgasmia termasuk rangsangan yang tidak mencukupi, ubat-ubatan tertentu, dan penyakit kronik.
4. Hubungan intim yang Sakit. Sakit ketika melakukan hubungan boleh disebabkan oleh beberapa masalah, termasuk endometriosis, ovarian cyst , vaginitis, kurang pelincir , kehadiran tisu parut dari pembedahan, atau penyakit kelamin. Keadaan yang dikenali sebagai ‘vaginismus’ adalah pedih dimana kekejangan otot yang mengelilingi pintu masuk faraj. Ia boleh berlaku di kalangan wanita yang takut penembusan yang akan menyakitkan dan juga mungkin berpunca daripada fobia seksual atau dari pengalaman trauma atau sakit sebelumnya.
Pakar kesihatan mensyorkan Untuk meningkatkan tahap kesihatan seksual perlulah amalkan tabiat dan gaya hidup yang sihat:
1. Elakkan pengambilan alkohol yang berlebihan. Minum terlalu banyak menumpulkan responsif seksual.
2. Jangan merokok. Menghisap rokok menyekat aliran darah di seluruh badan anda. Darah kurang mencapai organ-organ seksual anda, yang bermakna anda boleh mengalami penurunan rangsangan seksual.
3. Sentiasa aktif. Senaman aerobik yang kerap meningkatkan stamina dan mood anda. Ini boleh membantu anda berasa romantis dengan lebih kerap.
4. Luangkan masa untuk riadah dan bersantai. Belajar cara-cara untuk mengurangkan tekanan . Dan boleh guna masa santai dengan tumpuan kepada pengalaman seksual anda untuk membantu mencapai rangsanganyang lebih memuaskan.
5. Bercakap dan mendengar. Komunikasi terbuka dengan pasangan.
6. Dapatkan kaunseling. Bercakap dengan kaunselor atau ahli terapi yang pakar dalam masalah seksual dan hubungan. Terapi termasuklah pendidikan mengenai cara untuk mengoptimumkan tindak balas seksual badan anda, cara-cara untuk meningkatkan keintiman dengan pasangan anda, dan cadangan untuk membaca bahan .
7. Gunakan pelincir. Pelincir faraj boleh membantu semasa hubungan jika anda mempunyai kekeringan faraj atau sakit semasa seks.
Untuk tidak berasa terlalu stress, sakit kepala, keletihan atau gementar (mereka mempunyai kesan yang besar pada seksual di kalangan wanita), otak perlu dikekalkan pada tahap yang betul untuk hormon yang seimbang. Untuk ini cikgu syorkan pi la rawat diri di #SPA ker. 😍
Berikut adalah beberapa herba yang boleh meningkatkan keinginan seks anda:
GINKGO BILOBA
Ia telah membuktikan bahawa herba ini meningkatkan memori, tetapi ia juga mempunyai kesan yang besar kepada libido wanita. Di dapati juga bahawa ginkgo memberikan keputusan yang baik dalam 84% daripada kes-kes, ini termasuk peningkatan keinginan seks, arousal dan puncak syahwat.
HALIA
Ia telah digunakan selama berabad-abad sebagai agen afrodisiak semulajadi yang meningkatkan peredaran darah. Ia juga meningkatkan sensitiviti zon erotik.
GINSENG
Ia mempunyai kesan yang luar biasa pada sistem pembiakan wanita dan boleh menghalang atrofi faraj. Menurut perubatan tradisional Cina, ia boleh meningkatkan keinginan seks dan meningkatkan usia yang panjang.
BUNGA LAWANG
Ia mengandungi anethole, yang menyerupai estrogen. Terdahulu, ia telah digunakan untuk meningkatkan pengeluaran susu di ibu-ibu menyusu, dan untuk melegakan tempoh, meningkatkan keinginan seksual di kalangan wanita.
CHOCOLAT
Coklat meningkatkan tahap serotonin dan endorfin dalam badan, melegakan kesakitan dan meningkatkan mood.
VITAMIN C , A, E, B6 & B5
Ia meningkatkan keinginan seks kerana kemampuannya untuk menyerap zat besi, pembentukan sel-sel darah dan metabolisme kelenjar adrenal dan menghasilkan banyak hormon yang mempengaruhi kehidupan seksual, serta merangsang syahwat di kalangan wanita. Tambahan pula, vitamin C melindungi tubuh terhadap tekanan dan menguatkan imuniti.
Vitamin A dan E penting untung sexual manakala Vitamin B6 dan B5 seimbangkan hormon, mengurangkan stress serta tingkatkan libido
VITAMIN B9, FOLATE & B12
Memainkan peranan membantu merembeskan serotonin dalam meningkatkan libido.
1. Tomato dan avocado di jadikan salad dan di tambah sedikit minyak zaitun.
2. 2 biji kurma , 7 kismis , 1 sudu serbuk chocolate , 7 biji badam, 500ml susu diblend
3. 1/3 tembikai, 2 biji strawberi, 1 sudu besar chia seed , 1 biji pinang di blend
4. 1 sudu besar pumpkin seed (biji labu), 7 biji badam, setengah biji avocado, 5 biji buah pelaga,3 sudu madu , 500ml susu di blend
5. Sedikit nenas, 1 batang celery ,1/2 batang carrot , 5 biji cengkih , 3 kuntum bunga lawang , 1 inchi halia, 1 sudu besar dark chocolate diblend bersama sedikit air.
Untuk merawat dan mencegah mati putik, selain pemakanan dan gaya hidup sehat, anda perlu memahami bagaimana organ-organ seks anda bekerja dan bagaimana mereka boleh bertindak balas. Vagina adalah seperti otot, sekiranya tidak aktif, ia menjadi lebih sukar untuk digunakan.
Aktiviti seperti latihan Kegel boleh meningkatkan aliran darah ke kawasan faraj dan menjadikan seks lebih selesa. senaman Kegel boleh membuat otot lantai pelvik kuat dan membantu wanita mencapai orgasme lebih mudah. Ini adalah satu teknik yang wanita setiap umur boleh gunakan untuk meningkatkan keseronokan seksual.
Kajian juga membuktikan salah satu punca wanita mengalami mati putik kerana terlalu kerap melakukan onani . "Wanita yang gemar beronani akan mudah merasa letih dan tidak bertenaga dengan persekitaran apabila tidak mendapat kepuasan yang di hajati "- Dr Mohd Ismail Thamby.
Mencapai kepuasan secara bersendirian bukanlah pilihan yang tepat dan perlu di dibendungi untuk mencapai kesejahteraan keluarga. Sekiranya dibiarkan berlarutan masalah mati putik ini boleh menyebabkan kes penceraian rumah tangga. Soalan adakah bahaya mati putik? Sebenarnya mengikut pakar kesihatan FSD ni boleh di atasi jadi tidak perlu bimbang. Apa yang penting, sila ambil tindakan segera .
Paling #BEST bila #GengKelasCikguPah ada #FORMULA dan #RAWATAN khas untuk masalah mati putik / FSD ni.
Untunglahhh student yang dah belajar #SINERGYAROMA dan #MISSVTHERAPY.
Digabungkan dua ni untuk rawatan memang cenggini 👍 jadinya.
In Sha Allah, niat nak merawat kerana ALLAH . Kesembuhan atas izin Allah. Kita ikhtiar, berdoa, berusaha, tawakal.
Eh! Ada yang nak belajar ker?
Untunglah cikgu bagi #DISKAUN setengah harga. Meh klik link ni lelaju
Alhamdulillah. Terima kasih Allah pagi ini dengan izin ALLAH saya dapat berkongsi sedikit ILMU di FB ini.
Bagi yang ketinggalan petua resipi kecantikan serta kesihatan secara PERCUMA boleh Kelik lelaju link bawah ni 👇🏻
https://www.KELAS CIKGU PAHH
Boleh Like & SHARE untuk sama sama mendapat manfaat.
Lupa pula nak bagitahu, pada yang bertanya kelas untuk miss v ni, cikgu ada berita gembira. Jadual ada keluar untuk pakej BOOM YOUR ASSET.
Yeay Best kan??? Bab Mantopp, Extra rapat , rahsia abang sayang tu.
Ramai dah yang dah menjana pendapatan melalui produk dan rawatan kembalikan aset yang gebu ni.
Didoakan Kita semua BERKELIMPAHAN REZEKI, BERJAYA, BERKAT, BAHAGIA DUNIA AKHIRAT!

jamu awet muda

Harini badan lemau cikgu terus buat jamu ni. Jamu ni sesuai untuk laki perempuan Serta remaja. Lepas minum raserr ringan badan. Sakit kepala berkurang.
Sesuai diminum 1 cawan setiap hari. Bagus ni untuk spa owner yang nak bagi pelanggan minum sebagai welcome drink awak.. Bestt taww. Pasti pelanggan pown teruja nak datang selalu minum.
Perghh arrooma dia.. Memang superb! Lepas minum paling best burrrpp..burrppp angin keluar. Lega aihhh...
Selain dibuat jamu , air rebusan ini juga untuk redakan masalah sinus. Untuk sinus perlu di steam muka tu sambil menyedutt aroma ni. Untuk sinus tidak perlu tambah madu. Madu hanya ditambah untuk minum.
Lagi satu boleh buat rendaman kaki singkirkan toksin untuk rendaman kaki perlu tambah garam taww.
Untuk mandian pon boleh ye. Rebus bahan masuk dalam baldi. Tambah air bagi suam suam. Pastu tambah la 2-3 cawan garam. Pastu boleh mandi buat bilasan terakhir.
Nak lagi best , rebus dan steam badan awak tu boleh juga buat bertangas.
Woww! Siapa sangka ramuan ni boleh buat macam macam kan. Okay okay cikgu bagi tahu step by step.
Image may contain: food
BAHAN BAHAN. Halia, 2 batang serai , 1 sudu kecil halba campur, 1 sudu Kecil bunga cengkih, 1 sudu kecil biji pelaga , 2 batang kulit kayu manis , 1 sudu kecil bunga lawang, 1-2 sudu madu 
Rebus semua bahan dengan 6 cawan air. Halia dan serai diketuk.
Image may contain: food
Image may contain: plant, nature and outdoor
Beberapa helai pudina
Image may contain: food
Masukkan pudina dalam rebusan . Rebus dalam 10 minit.
No automatic alt text available.Tapis airnya

 Image may contain: drink
Masukkan 1- sudu besar madu 

Nah banyak kegunaan limau kasturi untuk cantik secara alami

Image may contain: drink
Limau kasturi ni sangat sedap di buat air tapi kalau dah banyak sangat takkan nak minum hari hari kan.
Jadi cikgu nak kongsi pelbagai kegunaan limau kasturi untuk kecantikan dan kesihatan
Setiap gabungan bahan beserta sukatan yang betul ada tindakan kimia semulajadi yang membantu menyelesaikan masalah sekiranya konsisten dan istiqamah.
Jadi janganlah over menggunakan bahan. Janganlah campur sesuka hati . Walaupun kategori alami namun kalau sukatan over boleh juga jadi iritasi. Sebab itulah berpada pada dalam apa jua yang kita buat.
Bahan bahan juga mudah di dapati. Hanya di dapur sahaja. 😍
1. KULIT KEPALA GATAL/BERKELEMUMUR
3-5 biji limau kasturi di perah airnya.
1 sudu kecil baking soda
Air asam jawa setengah gelas
Kacau sebati dan lumur satu kepala sambil picit dan pakai shower cap atau plastik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian boleh cuci
Amalkan seminggu 2-3 kali
2. MASKER MUKA BUANG BINTIK PUTIH DAN KECUT JERAWAT
1 biji limau kasturi di ambil airnya
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil madu
1/4 sudu kecil baking soda
Kacau sebati dan tambah sedikit air dan sapulah di wajah dan biarkan selama 30 minit . Kemudian cuci dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
3. SCRUB MUKA BUANG KULIT MATI
1/2 biji limau kasturi di ambil airnya
1 sudu kecil gula perang halus
1/2 sudu kecil madu
Kacau sebati. Dan scrub la wajah dengan perlahan lahan. Dan cuci wajah dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
4. LULUR BADAN GEBUKAN KULIT
3 biji limau kasturi di blend bersama kulit
4 sudu besar tepung beras
2 sudu besar garam halus
1 sudu besar gula halus
Gaul sebati dan tambah sedikit air kalau terlalu pekat. Lulurlah badan. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
5. KAKI BERBAU/ FUNGUS/ KAKI KERING/ TAPAK KAKI KERAS
3 biji limau kasturi di blend bersama kulit
1 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar garam halus
1/4 sudu kecil baking soda
Gaul sebati dan sental seluruh kaki.
Amalkan seminggu 2 kali
6. RENDAMAN KAKI
5 biji limau kasturi di perah airnya
1 sudu kecil baking soda
2 sudu garam kasar
Di masukkan di dalam air suam takat buku lali. Rendamlah kaki selama 15 minit.
Amalkan seminggu 2 kali
7. KEMPIS PERUT
1 sudu kapur sirih
1/2 biji limau kasturi diambil airnya
Gaul sebati
Sapu di kawasan perut dan balut dengan plastik pembalut makanan barulah pakai barut/bandage/korset.
Penggunaan yang kerap mampu membentuk perut idaman
7 . JAMU BUANG ANGIN
1 1/2 halia diketuk
5 helai daun pudina
3 kuntum bunga cengkih
Rebus bahan dengan 500ml air sehingga mendidih.
Biarkan sejuk masukkan dalam cawan dan perah 1 biji limauk kasturi dan tambah 1 sudu madu .
Kacau sebati dan minum.Minum Sehari sekali sebelum makan.
8. LULUR BADAN BUANG ANGIN
1/2 halia
Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit
2 biji limau kasturi
Blend semua bahan.
Masukkan bahan dalam 4 sudu tepung kacang hijau
2 sudu garam halus
Gaul sebati dan tanbah sedikit air dan lulurlah seluruh badan dan lebihkan tempat yang bermasalah seperti pinggang dan bahu. Biarkan seketika dan bilas dengan air biasa
Amalkan seminggu 2 kali
9. MANDIAN LIMAU KASTURI SEGAR BADAN
15 biji limau kasturi di ambil airnya
2 cawan garam kasar
2 sudu besar baking soda
Masukkan dalam baldi dan mandilah. Kalau boleh berendam lagi bagus. Bagi yang ada tub mandi boleh lebihkan garam dan limau.
Amalkan seminggu 2-3 kali
10. REDAKAN GATAL MUKA AKIBAT RESDUNG
5 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
3 biji limau kasturi di hiris
5 helai daun pudina
Rebus sehingga mendidih. Tutup api tuang dalam besen dan waplah muka tu sehingga habis wap. Hati hati dengan kepanasan besen.
Amalkan seminggu 2 kali.
11. HILANGKAN BAU KETIAK DAN CERAHKAN KETIAK
2 biji limau kasturi
3 helai pudina
1/4 biji kentang
Blend ketiga bahan ini . Kemudian tambah 2 sudu besar garam halus, 1/4 sudu kecil baking soda dan sedikit
Sentallah di ketiak perlahan lahan. Biarkan seketika dan bilas dengan air.
Amalkan seminggu 4 kali untuk dapat kesan yang bagus.
Okay. Selamat mencuba. In Sha Allah. Niat baik baik dapat baik baik. Niatlah setiap kali nak amal nak singkirkan penyakit dan bad energi.

Urut kaki sendiri. Redakan tekanan dan sakit kaki

No automatic alt text available.
Image may contain: one or more people and people sitting

Cara mudah redakan tekanan adalah dengan mengurut kaki. Namun, usah bimbang, cikgu akan share cara terbaik rawat diri sendiri.
Tahukah awak apabila setiap hari kaki di urut,ia bukan sahaja melegakan masalah sakit kaki serta kebas malah mampu menyingkirkan toksin dan membantu sistem badan kembali pulih.
Di setiap kaki ada point point yang mewakili sistem badan.
Dan kajian menunjukkan bahawa perjalanan darah berjalan lebih lancar dengan mengurut kaki. Dan terbukti apabila beberapa pesakit darah tinggi dan kencing manis tidak lagi sensara dengan penyakit itu kerana mereka telah menumbuk tapak kaki mereka setiap hari.
Wow!
Sebaiknya tapak kaki kita perlu hangat . Sekiranya sejuk, menandakan ada masalah sistem dalam badan.
Cara terbaik cegah penyakit adalah dengan pemakaian stokin semasa tidur. Sebelum itu perlu rawat diri sendiri.
1. Minyak boreh
2.1 titik Love Potion
Sapu ke seluruh tapak kaki dan mula mengurut seperti dalam rajah 1 di bawah.
Selesai tapak kaki boleh sambung di betis seperti rajah 2 dan akhiri urutan dengan menumbuk numbuk tapak kaki.
Pastikan kedua dua kaki di urut. Kalau tidak bangun esok pagi senget sebelah 😜
Kebiasaanya sebelah kaki urutan dalam 10 minit.
Kemudian pakailah stokin dan tidurlah.
In Sha Allah, esok bangun akan rasa begitu segar!
Boreh + love potion sangat sangat superb !
Kenapa boreh dan love potion?
Okay, gabungan boreh dan love potion ini membantu dalam menyingkirkan lebih banyak toksin serta membantu proses pemulihan dengan cepat .
Di mana molekul nya lebih cepat meresap ke dalam kulit. Sekaligus menghambat sebarang makhluk asing yang ada di dalam badan.
Sebab itulah ramai yang alami masalah sakit sakit badan, sakit kaki, tidak upaya solat berdiri dapat dipulihkan dengan hanya beberapa kali sahaja sapuan boreh.
In Sha Allah. Niat nak sehat. Ikhtiar dan Allah sembuhkan dengan izinNya.
Boleh la lepas ni buat pada suami , ibu dan ayah. In Sha Allah. Sedap badan.
Selamat mencuba.